Video raya 2024

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Raya Aidilfitri 1445h 2024m

Syukur pada Allah, raya kali ini masih dapat sambut bersama keluarga meskipun agak sedih kerana abah tiada buat kali pertama.

Ziarah menziarahi, saling bermaafan masih menjadi budaya yang diperturunkan kepada anak-anak.

Memasak di malam raya dengan juadah istimewa menjadi kewajipan kami adik beradik.

Hubungan yang renggang dierat kembali. Walau jarang berjumpa dengan sebahagian saudara mara, tetapi masih mesra seperti dahulu. Air dicincang tidak akan putus.

Menariknya kali ini dapat jemput kawan anak2 dan jiran terdekat beraya di rumah untuk mengerat tali silaturrahim. Alhamdulillah.Syukur..

Posted in Uncategorized | Leave a comment

ORANG ISLAM TERHALANG MELAKSANAKAN HUKUM ISLAM SESAMA ISLAM DI NEGERI MEREKA SENDIRI?

Saya kongsikan tulisan Dato Asad Awang ahli majlis fatwa N. Perak dlm fb beliau mengenai keputusan pembatalan enekmen mahkamah syariah negeri Kelantan oleh Mahkamah Persekutuan.

Putrajaya: Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 hari ini memutuskan bahawa 16 kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.

Keputusan bersejarah itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan anggota selepas membenarkan permohonan dua wanita Islam bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen tersebut.

Berikut adalah 16 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 yang diputuskan sebagai terbatal dan tidak sah.
Ads by
Panel sembilan hakim dalam keputusan majoriti 8-1 diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan demikian selepas membenarkan petisyen peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman selaku pempetisyen bagi mencabar 18 peruntukan enakmen itu manakala kerajaan Kelantan selaku responden tunggal.

Dengan keputusan itu, Badan Perundangan Negeri Kelantan tidak lagi mempunyai bidang kuasa menggubal 16 peruntukan undang-undang yang dipertikaikan itu, hanya dua undang-undang Seksyen 13 dan 30 yang dibenarkan.

Seksyen 11: Memusnahkan atau mencemarkan tempat ibadat
Seksyen 13 (menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam atau orang Islam   
                     yang keji akhlaknya),   (SEKSYEN INI DIBENARKAN)
Seksyen 14: Liwat
Seksyen 16: Persetubuhan dengan mayat
Seksyen 17: Hubungan seksual dengan bukan manusia.
Seksyen 30 (kata-kata memecahkan keamanan). (SEKSYEN INI DIBENARKAN)
Seksyen 31: Gangguan seksual
Seksyen 34: Memiliki dokumen palsu, memberikan keterangan, maklumat atau kenyataan
                     palsu
Seksyen 36: Apa-apa yang memabukkan
Seksyen 39: Mengurangkan skala, ukuran dan berat
Seksyen 40: Melaksanakan transaksi muamalat yang bertentangan dengan ‘hukum syarak’  
                      (undang-undang syariah)
Seksyen 41: Melaksanakan urus niaga mualat melalui riba
Seksyen 42: Penyalahgunaan label dan konotasi halal
Seksyen 43: Menawarkan atau menyediakan perkhidmatan maksiat
Seksyen 44: Tindakan persediaan menawarkan atau menyediakan perkhidmatan maksiat
Seksyen 45: Perbuatan maksiat sebagai persediaan
Seksyen 47: Perbuatan sumbang mahram
Seksyen 48: Muncikari (lelaki berpakaian wanita atau sebaliknya, bertentangan dengan
                     hukum syarak)

Terdahulu, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid, yang berasal dari Kelantan, dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman memfailkan petisyen itu ke Mahkamah Persekutuan mengikut Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan serta menamakan Kerajaan Negeri Kelantan sebagai responden tunggal.
Mereka mencabar keperlembagaan dan kesahihan 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 serta mendakwa Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang ke atas 18 kesalahan terbabit kerana terdapat undang-undang Persekutuan yang meliputi kesalahan sama.

AKAN BERLELUASALAH KEMUNGKARAN, LGBT DAN PELANGGARAN BATAS SYARIAT.

Continue reading
Posted in Malaysia tanah airku | Tagged | Leave a comment

Tips beli rumah pada usia muda

Segala puji bagi Allah yang memudahkan urusan. Syukur dipanjatkan, saya dapat beli rumah pertama pada usia agak lewat iaitu 29 tahun pada tahun 2014. Lewat kerana saya dan suami lama menuntut di Mesir dan kami memulakan kerjaya hanya pada 2013.

Beli rumah kedua pada tahun 2020, rumah ketiga dan keempat dibeli pada tahun yang sama iaitu 2023.

Ramai lagi kawan-kawan yang mantop. Tapi inilah sedikit perkongsian dari hamba yang fakir semoga rakan-rakan beroleh manfaat.

1.Tambah ilmu kewangan

-rajin ikuti bengkel dan kelas

-tonton video-video berkaitan

-dapatkan coaching dari pakar

-beli dan rajin membaca buku2 berkaitan (rujuk entry ini dan ini)

-jangan teragak-agak untuk melabur duit demi menuntut ilmu pelaburan

2.Susun dan kukuhkan profile kewangan

-perlu agihkan gaji ikut % yang dicadangkan coach

-guna software yang membantu

-berjimat dalam perbelanjaan

-jangan hanyut dengan lifestyle mewah dan ikut trending

-beli kereta ikut kira-kira yang layak dan mampu sahaja(ada formularnya)

-uninstall shoppe dan segala aplikasi pembelian atas talian

-bayar zakat

3.Kumpul deposit

-ada target yang jelas untuk simpanan

-disiplin dalam menabung

-tahan nafsu dan reward diri

-rajin buat kerja sampingan untuk tambah duit poket; translator, dropship dll

-dapatkan pulangan setiap tahun dengan kemaskini e-cukai mengikut teknik/strategi yang betul

Continue reading
Posted in articles, diary, motivasi | Tagged | Leave a comment

Pengalaman beli rumah (Siri 3)

Bismillah

Rumah pertama kami beli pada 2014, dan jual pada tahun 2020 kerana bertukar lokasi kerja dan rumah tersebut sukar diurus untuk disewakan.

Rumah kedua pula dapat kunci pada Disember 2020. Alhamdulillah.

Terfikir untuk beli rumah ketiga pada tahun 2023 untuk tujuan pelaburan setelah kira-kira mengikut Teknik Maharaja hasil menuntut ilmu dengan Tuan Ahyat Ishak.

Setakat ini, ketiga-tiga rumah adalah subsale iaitu rumah second hand lah bahasa pasarnya.

Harga asal dan market value rumah ketiga ini adalah RM270,000 dan kami berjaya closed deal RM248,000 pada 23 Julai 2023. Syukur.

Continue reading
Posted in articles, diary | Tagged | Leave a comment

Pengalaman beli rumah (Siri 2)

Assalamualaikum,

Segala puji bagi Allah, saya dapat membeli rumah kediaman kedua pada tahun 2020. Rumah pertama saya beli pada tahun 2014. Saya tulis pengalaman berharga di entry ini.

Pengalaman kali ini agak sadis berbanding dahulu. Banyak betul ujian sepanjang tempoh SnP dan proses mendapatkan kunci rumah. Tapi pengalaman kali ini memberi turning point kepada saya dan suami untuk lebih bijak jadi pelabur hartanah.

Continue reading
Posted in articles, diary | Leave a comment

Membudayakan bahasa Arab dalam kehidupan

Bahasa Arab merupakan bahasa Al-Quran, bahasa ibadah yang dilazimi ketika berdoa, menunaikan solat, lafaz akad dalam rukun-rukun ibadah tertentu serta bahasa yang para muslim gunakan selalu.

Namun, sedar atau tidak, tidak ramai yang menekuni dan cuba menguasai bahasa yang amat unik ini.

Dr. M. M. al-Mobarak:

“Anda tidak akan menemui suatu bahasa pun yang betul-betul berkait dengan ‘aqidah seperti bahasa Arab, kerana ia adalah bahasa al-Qur’an yang merupakan bahasa ‘ibadat: oleh itu ianya merupakan wadah yang sebenarnya untuk memahami al-Qur’an dan disiplin ilmu yang terbit daripadanya”

Oleh sebab itu maka Ibn Taymiyyah menyimpulkan, bahasa Arab adalah wajib dipelajari seperti dalam kenyataannya yang berikut:

“Bahasa Arab itu adalah sebahagian daripada agama, mengetahuinya adalah wajib, sebab al-Qur’an dan al-Sunnah wajib difahami, sedangkan ia hanya dapat dimengerti dengan mengetahui bahasa Arab. Apa yang tidak sempurna wajibnya melainkan dengannya, maka ia adalah wajib juga”.

Continue reading
Posted in articles, diary | Leave a comment

ANUGERAH DUNIA, TAPI AKHIRAT LEBIH UTAMA

Syukur ya Allah, pada 4 Januari 2024, saya telah terpilih sebagai pemenang Anugerah Utama bagi pencalonan Anugerah Akademik Universiti. Terdapat 2 orang lagi calon dari Fakulti Undang-undang dan ACIS.

Sekalung penghargaan buat abah,mak, suami, familyku tersayang semua dan kawan2 yang support.

Jikalau anugerah dunia yang sekecil ini pun sudah rasa gembira, apatah lagi jika Allah anugerahkah syurgaNya. Ya Allah,moga kau berkati hidupku dan terima semua amalanku.

Continue reading
Posted in articles, Degree Arab UiTM, diary, motivasi | Tagged | Leave a comment

Throw back 2023

Alhamdulillah, hari ini masih berpeluang berkongsi coretan dengan anak-anak umi dan para pembaca.

Saya nak throw back sedikit apa yang berlaku sepanjang tahun 2023.

Memang banyak kisah duka, namun banyak nikmat yang Allah beri untuk saya syukuri.

1.Ujian pemergian abah

Tanggal 29 Mei 2023, hari Isnin waktu Maghrib abah telah kembali menemui Allah setelah bertarung kanser rektum. Sepanjang Jan hingga Mei saya dan adik beradik menghabiskan masa dan peluang keemasan kami untuk berbakti menguruskan abah secara bergilir-gilir. Ini moment yang saya tak akan lupa dan saya memorikan dalam satu posting dan video untuk abah tersayang. Alfatihah.

Continue reading
Posted in diary, motivasi | Tagged , | Leave a comment

JANGAN BONGKAK, SYARAT SENI BELADIRI (Siri 2)

Kenapa saya berhenti berlatih?

Saya sambung siri 1 dahulu yang terhenti setakat saya menjadi pembantu coach di SAMT Batu 38 pada tahun 2003. Ya, 20 tahun lepas.

Saya mengambil STAM di sekolah tersebut, tetapi hanya stay belajar di sana setakat 1 bulan. Bulan seterusnya saya berpindah ke KISAS tingkatan 6 rendah. Di KISAS, saya tidak menyertai training khusus tetapi berlatih sendiri dengan seorang junior red belt holder. Kami bersama2 ke tournament di Panasonic, Shah Alam tahun 2003.

Setelah result STAM keluar pada 2004, saya ditawarkan ke Univ. Al-Azhar Mesir. Saya tidak meninggalkan uniform Taekwondo, tetapi turut bawa ke Mesir dengan niat meneruskan latihan bersama sahabat, K.Farhani Ahmad.

Saya masih ingat ketika hari Jumaat, waktu zuhur, tiada ikhwa (mahasiswa lelaki) di bangunan anak Selangor, Hayyu Asyir, Madinat Nasr, Kaherah, lalu saya kunci pintu musolla untuk berlatih.

Kemudian, beberapa kali terpaksa berlatih seorang diri. Tanpa suasana yang baik, motivasi juga semakin turun. Saya gigihkan diri pula menyertai kumpulan silat gayung akhawat ( mahasiswi ) yang lebih ramai ahli dan latihan konsisten di rumah anak negeri Pulau Pinang, Hayyu Sabiek.

Masuk tahun kedua pengajian, komitmen kuliah dan amanah persatuan yang besar menghambat saya. Kesibukan ini mengatasi keperluan saya untuk teruskan latihan. Jadi, bermula saat itu terkuburlah hasrat saya dalam bidang seni beladiri Taekwondo ini.

Tidak pernah terpadam jauh di lubuk hati ini untuk kembali menyarung uniform saya.

Saya harap ada peluang untuk kembali aktif walaupun usia bakal menginjak ke angka 4 lagi 2 tahun.

Posted in articles, diary, motivasi, Uncategorized | Tagged , | Leave a comment

JANGAN BONGKAK, SYARAT SENI BELADIRI (Siri I)

Taekwondo merupakan salah satu senibeladiri yang terkenal di dunia. Tak hairanlah pada tahun 1998, ketika saya di tingkatan satu SAM Tengku Ampuan Jemaah, Sg Besar, hati ini begitu kuat untuk mendaftarkan diri sebagai ahli.

Setelah mendapat perkenan mak dan abah, saya gigih menjalani training setiap hari Jumaat, 2.30petang dan Sabtu 11 pagi.

Hampir 4 tahun dilatih, saya dianugerahkan sebagai penyandang black belt pada 4 Nov 2001. Ketika itu, saya memasang niat untuk tidak berhenti dalam bidang ini, tetapi berhasrat membuka pusat latihan sendiri kelak.

2001 dianugerahkan black belt

SESI TRAINING DISULAMI TAZKIRAH

Coach saya adalah Cikgu Rosli, orang Sekinchan. Hitam manis orangnya, agak kecil dan kurus susuk tubuhnya. Namun, kemahirannya tidak dapat disangkal.

Gambar kenangan bersama Cikgu Rosli. Saya berjubah biru gelap.

Cikgu Rosli orangnya alim berilmu, berjanggut dan berkopiah sudah menggambarkan perwatakannya yang kuat beragama. Training yang dikendalikannya selama 6 tahun saya menuntut setiap kali tanpa gagal, disulami ayat Alquran, hadis dan panduan hidup. Sesi tazkirah ini berlangsung 10-20 minit setiap waktu rehat kami usai lelah berlatih.

Rupanya, sesi inilah yang mengikat saya untuk kekal berlatih tanpa jemu, memberi sepenuh komitmen setiap kali event grading atau tournament di mana2 peringkat. Kerana kami diikat dengan akidah.

Continue reading
Posted in articles, diary, motivasi, Uncategorized | Tagged , , | Leave a comment

PERGINYA SEORANG ABAH YANG MULIA

Tanggal 29 Mei 2023 hari Isnin jam 7.45 malam iaitu sehari selepas tarikh lahir abah ke72, abah telah pergi buat selama-lamanya meninggalkan mak dan kami 3 beradik. Alfatihah.

Kronologi sakit abah bermula sejak operation 2018, ketika itu masih belum didiagnos kanser lagi, hanya ketumbuhan biasa.

Tetapi abah memulakan rawatan kanser iaitu radioterapi di Institut Kanser Negara pada 23/2/2021 sebanyak 25 circles. Pada tahap ini, abah hanya diisytihar kanser rektum tahap 3 sahaja.

Diikuti radioterapi line 1 pada 12/8/2021 sebanyak 8 circles dan tamat kimoterapi line 1 pada 12/8/2021. Rawatan ini kurang berkesan, hanya mengecilkan sedikit sel kanser di tempat asal tetapi kanser mula tumbuh di bahagian lain pula.

Abah sudah pun pasang kimoport pada 21/4/2022 untuk memudahkan kimoterapi line 2 pula sebanyak 12 circles. Kali ini abah memang sudah berada pada tahap 4 kanser rektum. Tapi abah sangat kuat semangat dan tidak pernah skip rawatan kecuali jika result darah tak cantik.

Pada 2/11/2022, abah completed kimo line 2 dan tidak menerima rawatan agak lama kerana dinasihatkan buat KRAS test. Result KRAS ini penting untuk menentukan jenis rawatan selanjutnya yang sesuai. Tetapi, untuk melelui proses KRAS ini, ada slide yang saya perlu dapatkan dari HUKM dan Hospital Seremban. Proses yang agak lambat ini membuatkan abah tidak menerima rawatan hampir 4 bulan juga.

Pada 27/2/2023, abah warded di IKN kerana dehydration. Setelah CT Scan dibuat, pada 28/2/2023 doktor maklumkan bilirubin abah sangat tinggi, mata nampak kuning sangat. Abah stay di IKN hingga 7/3/2023 ambulans dari IKN bawa abah ke Hosp Selayang untuk buat stenting kerana hati bengkak dan tersumbat. Di sini terdapat ramai pakar dalam bidang hati. Pada 8/3/2023, Dr Lee berjaya buat EUS dan laluan hati ok sedikit sehingga bilirubin turun sedikit demi sedikit. Kami agak gembira bawa abah balik ke rumah 10/3/2023. Tetapi abah dah mula kerap muntah dan tidak lalu makan.

Berat abah menurun daripada 84kg pada 2018 ke 60 kg pada Mei 2023. Bermula Mac hingga Mei 2023, abah berulang alik ke hospital dan warded selama seminggu di Hospital Shah Alam, Hospital Puncak Alam, Hospital Jempol dan Hospital Selayang kembali. Syukur kerana support sistem abah kuat. Ada mak, saya, kakngah Balqish dan Along Atul yang gigih datang dari Johor dengan bawa 2 orang anak kecil yang tidak sihat untuk bergilir-gilir menjaga abah.

Syukur juga kerana kewangan cukup untuk tampung kos rawatan yang tidak ditanggung seperti kos stenting RM3000 dan kos KRAS RM1600. Kami tak putus asa dan buat yang terbaik untuk abah sihat.

Sehinggalah pada tanggal 27 Mei 2023, hari Sabtu, doktor di Hospital UiTM Puncak Alam maklumkan keadaan abah sudah sampai diesease progress yang bermaksud sel kanser merebak di merata-rata tempat dan tiada rawatan lagi. Abah juga sudah tidak mahu makan sepenuhnya dan dipasang tiub untuk susu. Namun, cecair hitam yang disedut dari perut abah menunjukkan susu yang masuk tidak diproses lagi.

Sepanjang Sabtu malam hingga Isnin malam, kami tidak meninggalkan sisi abah dan membaca yasin berterusan. Terima kasih kepada pakcik-pakcik, makcik-makcik, sepupu-sepapat, jiran-jiran, semualah yang datang tak kira masa hingga berjaga tengah malam untuk menemani kami dan abah.

Abah nazak bermula petang Isnin dan mak sudah tahu abah akan pergi. Mak menghubungi semua waris supaya hadir mengadap abah menghembuskan nafas. Abah pergi dengan sangat tenang ketika saya usai berbuka puasa sunat pada hari Isnin. Syukur atas segala urusan yang dipermudahkan Allah.

Urusan mandi, kafan, solat dan pengebumian berjalan lancar dan cuaca sangat baik.

Ketika mengebumikan abah, kelihatan awan putih membentuk kalimah Allah di langit nan biru. Subhanallah.

Gambar dari hp angah Balqish.

Abah yang sudah merindukan penciptanya betul-betul nampak bersedia sedari awal dimaklumkan mendapat kanser. Abah tidak tinggal solat tahajud, bacaan Quran dan zikir. Abah seorang yang tak suka bercakap sia-sia atau mengumpat menjadikan idola kami anak beranak. Kami sayangkan abah! Sakitnya kehilangan tidak dapat diungkap. Air mata bercucuran laju setiap detik terkenagkan abah.

Semoga semua amal saya, puasa, zikir, bacaan Quran, sedekah, kurban dan apa-apa sahaja yang saya niatkan untuk abah akan menjadikan abah semakin tenang dan hebat di sisi Allah.

Terima kasih abah kerana menjadikan saya seperti apa hari ini. Abah yang mendorong saya untuk menceburi bidang agama. Terimalah segala usaha abah membesarkan saya, saya curahkan segala pahala amal ibadat jika diterima Allah untuk menjadi amal jariah buat abah jua. Amiin.

Posted in diary | Tagged | Leave a comment